Sunday, September 16, 2012

Mesyuarat Agung Tahunan & Perayaan Hari Raya Aidilfitri/Hari Keluarga 2012

8 September 2012

Penduduk-Penduduk Yang Dihormati

Mesyuarat Agung Tahunan & Perayaan Hari Raya Aidilfitri/Hari Keluarga 2012

Dengan sukacitanya dimaklumkan bahawa Jawatankuasa Sementara Persatuan Penduduk Adonis Blue akan mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan Yang Ke-tiga sempena perayaan “Hari Raya Aidilfitri & Hari Keluarga Adonis Blue” pada hari Sabtu, 22hb September 2012 dari jam 3.00 petang hingga 6.30 petang di Padang Permainan Kanak-Kanak Adonis Blue. Semua penduduk dan keluarga adalah dijemput hadir.

Sempena perayaan tersebut, pelbagai jenis makanan dan minuman halal akan dihidangkan.  Untuk memeriahkan lagi perayaan pada hari itu, permainan untuk kanak-kanak dan keluarga juga diadakan di padang permainan.

Untuk menjadikan perayaan ini satu perayaan yang istimewa dan gembira bagi semua penduduk,  tajaan-tajaan sama ada dalam betuk wang tunai atau barangan makanan/permainan dsb adalah dialu-alukan.  Sila hubungi Datin Dina 017-8882717 untuk maklumat tajaan,

Sekian dan ribuan terima kasih.

Yang benar,

Jawatankuasa Sementara
Persatuan Penduduk Adonis Blue

No comments:

Post a Comment